BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, Disember 02, 2008

MELAYU KITA

Nak Cari Asal Melayu
Tengoklah Belakang Sendiri
Nak Tengok Minda Melayu
Jangkaulah Kehendak Diri

Asas Melayunya Di Mana
Keras Melayunya Bagaimana?
Deras Melayunya Ke Arah Mana?
Yang Mampu Jawab Hanyalah Kita

Yang Gadai Tanah Melayu Itu Melayu
Yang Lalai Bahasa Melayu Itu Melayu
Yang Sanggup Bunuh Melayu Itu Melayu
Cina Tak Berani Bunuh Melayu
India Tak Mampu Bunuh Melayu

Penting Sungguh Bahasa Inggeris!
Jepun Tak Pun Mengira Dalam Bahasa Inggeris
Korea Tak Pun Belajar Sains Dalam Bahasa Inggeris
Apakah Salah 2x2 itu 4
Betul Sangatkah 2x5 is Ten

Kenapalah Kita Jadi Begini

Marilah Kita Semula
Membetul Asas Melayu Kita
Marilah Kita Semula
Membentuk Keras Melayu Kita
Marilah Kita Semula
Menentu Aras Deras Melayu Kita
Marilah Kita Semula Bersama Sebangsa
Menyembah Silat Dan Daulat Melayu Kita