BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, Disember 27, 2009

PUTERI BOWLING

Puteri Bowling anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau kali ini di adakan di Parkson Seremban, Negeri Sembilan. Program di sertai seramai 200 orang Ahli Puteri di semua DUN dalam Bahagian Rembau. Program ini dijalankan bagi mengeratkan silaturahim di antara Ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Rembau, di samping dapat beramah mesra di antara satu sama lain.


Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Tahniah diucapkan kepada Adik Nordiana Jamaluddin dari cawangan Rantau kerana memenangi Piala Puteri Bowling anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau..dan yang paling best program petang tu memang hapening, meriah giler...tahniah di atas komitmen Ketua-ketua Puteri UMNO Bahagian Rembau yang bersama-sama menjayakan program tersebut.

PUTERI MENYUSUR AKAR - Puteri Prihatin

Puteri Menyusur Akar - Program ini merupakan program bulanan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau, dimana Ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Rembau turun padang meninjau dan mendengar rintihan golongan susah yang memerlukan bantuan. Di antara aktiviti yang kami jalankan dalam Program Puteri Menyusur Akar ini adalah memberi bantuan makanan asasi, mendapatkan bantuan bulanan yang mereka perlukan, antaranya Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bantuan Baitulmal, Bantuan dari YB Ahli Parlimen dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan yang terlibat. Justeru program ini juga merupakan salah satu program dimana kami membantu YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus merialisasikan hasratnya agar tiada lagi golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Sembilan. InsyaAllah..

Puteri Menyusur Akar - DUN Kota Rembau




Puteri Menyusur Akar - DUN Paroi

JOM KACAU BUBUR LAMBUK

Kemeriahan Ramadhan kami rasai dengan adanya program Jom Kacau Bubur Lambuk anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau. Program ini dijalankan di Dewan Orang Ramai Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Bubur lambuk ini diagih-agihkan kepada Ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Rembau dan selebihnya kepada penduduk-penduduk taman berdekatan.


Acara memotong daging



Ketua Puteri pun berkampung juga.



Acara membungkus bubur lambuk

Terima kasih kepada Ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Rembau yang terlibat sama bagi menjayakan program ini.