Rabu, Disember 03, 2008
Selasa, Disember 02, 2008
MELAYU KITA
Nak Cari Asal Melayu
Tengoklah Belakang Sendiri
Nak Tengok Minda Melayu
Jangkaulah Kehendak Diri
Asas Melayunya Di Mana
Keras Melayunya Bagaimana?
Deras Melayunya Ke Arah Mana?
Yang Mampu Jawab Hanyalah Kita
Yang Gadai Tanah Melayu Itu Melayu
Yang Lalai Bahasa Melayu Itu Melayu
Yang Sanggup Bunuh Melayu Itu Melayu
Cina Tak Berani Bunuh Melayu
India Tak Mampu Bunuh Melayu
Penting Sungguh Bahasa Inggeris!
Jepun Tak Pun Mengira Dalam Bahasa Inggeris
Korea Tak Pun Belajar Sains Dalam Bahasa Inggeris
Apakah Salah 2x2 itu 4
Betul Sangatkah 2x5 is Ten
Kenapalah Kita Jadi Begini
Marilah Kita Semula
Membetul Asas Melayu Kita
Marilah Kita Semula
Membentuk Keras Melayu Kita
Marilah Kita Semula
Menentu Aras Deras Melayu Kita
Marilah Kita Semula Bersama Sebangsa
Menyembah Silat Dan Daulat Melayu Kita
Membetul Asas Melayu Kita
Marilah Kita Semula
Membentuk Keras Melayu Kita
Marilah Kita Semula
Menentu Aras Deras Melayu Kita
Marilah Kita Semula Bersama Sebangsa
Menyembah Silat Dan Daulat Melayu Kita
Khamis, November 20, 2008
PEMBANGKANG HANYA TAHU MENGKRITIK DARI MEMIKIRKAN KEMAJUAN RAKYAT

Oleh : Pemikir Pu3
Rabu, November 19, 2008
AGRO-BIOTEC EXPO N. SEMBILAN 2008

Expo ini diadakan bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat tentang potensi dalam bidang pertanian, penternakan dan pemprosesan hasil tani serta bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan Barisan Nasional. Ininya juga dapat memberi faedah kepada pengusaha bagi mengembangkan perniagaan mereka dengan kaedah teknologi terkini dan mendapatkan pasaran baru.
Penganjuran Agro-Biotec Ekspo 2008 dan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat 2008 di Paroi, Seremban ini adalah selain sebagai salah satu kesinambungan daripada program-program promosi yang telah dilaksanakan, ia juga mewakili satu peningkatan terhadap isi kandungan pameran/promosi dengan melibatkan sektor-sektor berteknologi tinggi yang berkaitan dengan Bioteknologi.
Marilah kita sama-sama melapangkan masa ke expo tersebut. Pengunjung boleh membeli secara langsung dari pengusaha produk-produk asas tani yang mereka keluarkan.
Oleh : Nurul, P.Su Pu3 Rembau
Selasa, November 18, 2008
KAMI BUKAN MATA DUITAN, KAMI BUKAN ANAK KECIL
Saya rasa terpanggil untuk menangkis segala tohmahan- tohmahan yang dilemparkan kepada Puteri Rembau rentetan dari Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau 2008, rata-rata mempertikaikan kenapa Puteri UMNO Bahagian Rembau sebulat suara tidak mencalonkan Puan Bibi Sharliza iaitu Mantan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Kami memilih yang terbaik dari yang baik. Memang menjadi trend dalam pemilihan UMNO ada yang menyuap duit pada mereka-mereka yang ketagih. Kami tidak didesak oleh mana-mana pihak dan kami bukannya mata duitan. Kami bukannya generasi yang memandang duit semata-mata untuk meletakkan sesiapapun di atas. Ada juga yang memperkatakan kami ini bagai budak hingusan yang tidak tahu berpolitik, ada juga yang mempersenda-sendakan apa yang kami telah buat. Biarlah orang nak cakap apa , yang penting kami tahu apa yang kami lakukan, ini bahagian kami sendiri, kami bukan anak kecil lagi, kami bukan seperti lalang, kami ada pendirian dan sebab kami sendiri. Rasanya tidak adil bagi sesetengah pihak menyalahkan dan melebalkan kami seperti itu dan ini yang mana pihak-pihak ini tidak tahu menahu langsung, hanya tahu menyibuk menjaga kain orang sampai kain sendiri terkoyak pun dah tak nampak. Kami generasi muda yang sentiasa memandang ke hadapan. Apa-apa pun tugas puteri memastikan UMNO ini tetap relevan dan akan terus kekal sebagai Parti yang dipandang tinggi hingga ke generasi yang akan datang.
Kembalikan kegemilangan UMNO - Dulu, Kini dan Selamanya
Oleh : Pemikir Pu3
Rabu, November 12, 2008
KUKUHKAN PERPADUAN KELUARGA UMNO
Oleh : Puteri Rembau
Khamis, Oktober 23, 2008
BARISAN KEPIMPINAN PUTERI UMNO BAHAGIAN REMBAU PENGGAL 2008-2011
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau yang bersidang pada 19hb Oktober 2008 baru-baru ini yang diadakan di ILP Pedas menampilkan barisan kepimpinan baru yang diterajui oleh Saudari Zuliana Binti Mohd Ridzuan, selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau bagi penggal 2008-2011. Berikut senarai AJK Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau bagi penggal 2008-2011:-
- Pengerusi Tetap : Saudari Zaibedah Binti Baharuddin
- Naib Pengerusi : Saudari Majidah Binti Maarof
- Ketua Puteri : Saudari Zuliana Binti Mohd Ridzuan
- Naib Ketua Puteri : Saudari Rahayu Binti Mohd Razali
- Pen. Setiausaha : Saudari NurulHuda Binti Mohd Nor
- Pen. Bendahari : Saudari Noraziah Binti Haji Mohd Taf
- Ketua Penerangan : Saudari Norzilah Binti Ramli
- AJK 1 : Saudari Siti Zuraidah Binti Abd Manan
- AJK 2 : Saudari Norzilin Binti Salleh
- AJK 3 : Saudari Fauziah Binti Abd. Razak
- AJK 4 : Saudari Norsitibahyah Binti Abd Ghani
- AJK 5 : Saudari Azmah Binti Haji Safar
- AJK 6 : Saudari Marzaini Binti Ahmad
- AJK 7 : Saudari Nurbahyah Binti Zulkifli
- AJK 8 : Saudari Intan Baiduri Binti Zainudin
- AJK 9 : Saudari Hamsyinar Binti Yunos
- AJK 10 : Saudari Noorashikin Binti Ibrahim
- AJK 11 : Saudari Azlinda Binti Abas
- AJK 12 : Saudari Rohaiza Binti Ab Rahim
- AJK 13 : Saudari Zuraida Norashikin Binti Zukapli
- AJK 14 : Saudari Suraya Binti Said
- AJK 15 : Saudari Asnita Binti Mohamad Yunos
- AJK 16 : Saudari Nurul Idura Binti Mohd Daud
- AJK 17 : Saudari Norazura Binti Zubir
- AJK 18 : Saudari Khairunnisa Binti Mohd Khalid
Oleh : Nurul, P.SU Puteri Rembau
Langgan:
Catatan (Atom)