BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, Februari 10, 2009

MAJLIS PENGAMBILALIHAN LAMPU AWAM DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN TAHUN BARU CINA

22hb Jan 2009 - Majlis Pengambilalihan Lampu Awam Jalan Utama Taman Ekar Rantau Dan Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina yang dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Dalam ucapannya, YAB. Dato' Seri Utama menyatakan pada tahun 2010, semua tempat di Negeri Sembilan akan diseleraskan bekalan air dan elektrik. Kerajaan negeri akan memastikan bekalan air yang lengkap melalui empangan - empangan yang akan dibina. Projek pembangunan juga akan diteruskan bagi memastikan rakyat negeri akan mencapai kemajuan. YAB. Dato' Seri Utama juga meminta agar rakyat negeri mengekalkan perpaduan bagi menjamin kesejahteraan bersama.

YAB. Dato' Seri Utama menyampaikan sumbangan kepada warga emas sempena Tahun Baru Cina