BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, Disember 27, 2009

PUTERI MENYUSUR AKAR - Puteri Prihatin

Puteri Menyusur Akar - Program ini merupakan program bulanan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau, dimana Ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Rembau turun padang meninjau dan mendengar rintihan golongan susah yang memerlukan bantuan. Di antara aktiviti yang kami jalankan dalam Program Puteri Menyusur Akar ini adalah memberi bantuan makanan asasi, mendapatkan bantuan bulanan yang mereka perlukan, antaranya Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bantuan Baitulmal, Bantuan dari YB Ahli Parlimen dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan yang terlibat. Justeru program ini juga merupakan salah satu program dimana kami membantu YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus merialisasikan hasratnya agar tiada lagi golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Sembilan. InsyaAllah..

Puteri Menyusur Akar - DUN Kota Rembau




Puteri Menyusur Akar - DUN Paroi