BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, November 18, 2008

KAMI BUKAN MATA DUITAN, KAMI BUKAN ANAK KECIL

Saya rasa terpanggil untuk menangkis segala tohmahan- tohmahan yang dilemparkan kepada Puteri Rembau rentetan dari Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau 2008, rata-rata mempertikaikan kenapa Puteri UMNO Bahagian Rembau sebulat suara tidak mencalonkan Puan Bibi Sharliza iaitu Mantan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Kami memilih yang terbaik dari yang baik. Memang menjadi trend dalam pemilihan UMNO ada yang menyuap duit pada mereka-mereka yang ketagih. Kami tidak didesak oleh mana-mana pihak dan kami bukannya mata duitan. Kami bukannya generasi yang memandang duit semata-mata untuk meletakkan sesiapapun di atas. Ada juga yang memperkatakan kami ini bagai budak hingusan yang tidak tahu berpolitik, ada juga yang mempersenda-sendakan apa yang kami telah buat. Biarlah orang nak cakap apa , yang penting kami tahu apa yang kami lakukan, ini bahagian kami sendiri, kami bukan anak kecil lagi, kami bukan seperti lalang, kami ada pendirian dan sebab kami sendiri. Rasanya tidak adil bagi sesetengah pihak menyalahkan dan melebalkan kami seperti itu dan ini yang mana pihak-pihak ini tidak tahu menahu langsung, hanya tahu menyibuk menjaga kain orang sampai kain sendiri terkoyak pun dah tak nampak. Kami generasi muda yang sentiasa memandang ke hadapan. Apa-apa pun tugas puteri memastikan UMNO ini tetap relevan dan akan terus kekal sebagai Parti yang dipandang tinggi hingga ke generasi yang akan datang.
Kembalikan kegemilangan UMNO - Dulu, Kini dan Selamanya
Oleh : Pemikir Pu3