BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, November 20, 2008

PEMBANGKANG HANYA TAHU MENGKRITIK DARI MEMIKIRKAN KEMAJUAN RAKYAT

Cadangan Kerajaan Negeri Sembilan membina lapangan terbang bagi memantapkan ekonomi negeri ini mendapat bantahan daripada Parti PAS. Sememangnya PARTI PEMBANGKANG ini kalau bercakap tidak pernah membuat kajian, bak kata orang main hentam kromo saje. Mereka ini hanya tahu mengkritik dari bersama-sama memikirkan kemajuan untuk rakyat negeri ini. Mereka ini bercakap kerana diberikan publisiti murahan oleh akhbar-akhbar yang hanya mahu melakukan cerita mereka. Apa PARTI PEMBANGKANG ini hanya pandai mengejar glamour semata-mata inginkan perhatian rakyat. Pembaziran yang bagaimana dimaksudkan PARTI PEMBANGKANG ???, yang mengeluarkan belanja adalah syarikat berkenaan dan dibantu oleh kerajaan negeri. Tambahan pembinaan tersebut akan dapat dilihat sebagai mercu tanda negeri ini. Bukan seperti Kelantan yang diterajui oleh PAS turun temurun menjadikan Patung Budha sebagai mercu tanda negeri tersebut. Fikir la sendiri. Seharusnya kita bersyukur kerana pembinaan ini mampu membangunkan ekonomi penduduk setempat sekaligus negeri ini disamping membuka banyak peluang-peluang pekerjaan untuk diisi oleh rakyat negeri ini. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau akan tetap menyokong usaha murni YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, selaku Menteri Besar Negeri Sembilan dalam memajukan negeri ini, dan kami berbangga kerana mempunyai pemimpin yang berwawasan serta sentiasa memikirkan kebaikan untuk rakyat. Bukan seperti PARTI PEMBANGKANG yang hanya tahu mengkhianati dan menipu rakyat.
Oleh : Pemikir Pu3


Rabu, November 19, 2008

AGRO-BIOTEC EXPO N. SEMBILAN 2008

Hari Penternak, Peladang dan Nelayan peringkat kebangsaan dan negeri telah dianjurkan setiap tahun bagi mempromosikan bidang penternakan, pertanian dan perikanan kepada umum amnya. Dan pada tahun ini, majlis tersebut telah diadakan di Bekas Tapak Tentera, Paroi. Expo ini telah bermula pada hari ini dan tamat pada 18 November 2008.
Expo ini diadakan bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat tentang potensi dalam bidang pertanian, penternakan dan pemprosesan hasil tani serta bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan Barisan Nasional. Ininya juga dapat memberi faedah kepada pengusaha bagi mengembangkan perniagaan mereka dengan kaedah teknologi terkini dan mendapatkan pasaran baru.
Penganjuran Agro-Biotec Ekspo 2008 dan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat 2008 di Paroi, Seremban ini adalah selain sebagai salah satu kesinambungan daripada program-program promosi yang telah dilaksanakan, ia juga mewakili satu peningkatan terhadap isi kandungan pameran/promosi dengan melibatkan sektor-sektor berteknologi tinggi yang berkaitan dengan Bioteknologi.
Marilah kita sama-sama melapangkan masa ke expo tersebut. Pengunjung boleh membeli secara langsung dari pengusaha produk-produk asas tani yang mereka keluarkan.

Oleh : Nurul, P.Su Pu3 Rembau

Selasa, November 18, 2008

KAMI BUKAN MATA DUITAN, KAMI BUKAN ANAK KECIL

Saya rasa terpanggil untuk menangkis segala tohmahan- tohmahan yang dilemparkan kepada Puteri Rembau rentetan dari Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau 2008, rata-rata mempertikaikan kenapa Puteri UMNO Bahagian Rembau sebulat suara tidak mencalonkan Puan Bibi Sharliza iaitu Mantan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Kami memilih yang terbaik dari yang baik. Memang menjadi trend dalam pemilihan UMNO ada yang menyuap duit pada mereka-mereka yang ketagih. Kami tidak didesak oleh mana-mana pihak dan kami bukannya mata duitan. Kami bukannya generasi yang memandang duit semata-mata untuk meletakkan sesiapapun di atas. Ada juga yang memperkatakan kami ini bagai budak hingusan yang tidak tahu berpolitik, ada juga yang mempersenda-sendakan apa yang kami telah buat. Biarlah orang nak cakap apa , yang penting kami tahu apa yang kami lakukan, ini bahagian kami sendiri, kami bukan anak kecil lagi, kami bukan seperti lalang, kami ada pendirian dan sebab kami sendiri. Rasanya tidak adil bagi sesetengah pihak menyalahkan dan melebalkan kami seperti itu dan ini yang mana pihak-pihak ini tidak tahu menahu langsung, hanya tahu menyibuk menjaga kain orang sampai kain sendiri terkoyak pun dah tak nampak. Kami generasi muda yang sentiasa memandang ke hadapan. Apa-apa pun tugas puteri memastikan UMNO ini tetap relevan dan akan terus kekal sebagai Parti yang dipandang tinggi hingga ke generasi yang akan datang.
Kembalikan kegemilangan UMNO - Dulu, Kini dan Selamanya
Oleh : Pemikir Pu3

Rabu, November 12, 2008

KUKUHKAN PERPADUAN KELUARGA UMNO

Ucapan perasmian YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ketua UMNO Bahagian Rembau mengingatkan ahli UMNO supaya memperkukuhkan perpaduan di kalangan Ahli UMNO Bahagian Rembau. Dalam ucapannnya beliau tidak akan serik - serik menyeru kepada ahli UMNO supaya menjaga perpaduan dan memperkukuhkannya. Ahli UMNO dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang perkara berkaitan rasuah dan beliau juga yakin bahawa ahli UMNO sudah cukup matang untuk memikirkannya. Beliau juga berharap agar sebarang jawatan yang dipertandingkan tidak menimbulkan kekecohan, ahli UMNO diingatkan supaya memilih calon yang boleh memikul tanggungjawab bagi bersama-sama menerajui kepimpinannya dalam UMNO Bahagian Rembau.

Oleh : Puteri Rembau